- Pastikan resume anda guna font yang profesional seperti Sans Serif fonts, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva
- Gunakan font size antara 10 hingga 12 sahaja
- Jangan terlalu rapat untuk setiap baris ayat.
- Tumpukan lebih banyak untuk senarai pengalaman kerja anda sebelum ini, kemahiran yang anda miliki, pencapaian tertinggi anda setakat ini. Ini antara elemen yang diperhatikan terlebih dahulu oleh majikan anda
- Senaraikan tahap pendidikan anda dari keputusan SPM sehingga pengajian tertinggi anda
- Buat resume ringkas tetapi padat sehingga sekali majikan anda terpandang terus mendatangkan minat untuk membelek selama beberapa saat. Samada dipertimbangkan atau tidak terpulang kepada ‘kualiti’ kandungan resume anda sendiri
- Cukup sekadar anda letakkan nama, jawatan serta nombor telefon yang perlu dihubungi untuk tujuan penegsahan segala maklumat berkaitan yang anda tulis pada resume tersebut.